Tuesday, September 5, 2017

Raya Qorban

Assalamualaikum. Hai.

Sambutan Hari Raya AidilAdha/ Hari Raya Haji/ Hari Raya Korban ala kadar sahaja. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menyambut bersama mama abah dan adik beradik yang lain. Syukur, masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini.

Pagi raya aku beshe beshe tapi tetap rasa sangat bersyukur. Ada buat makan makan, bakaq bakaq daging dengan keluarga. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan cuaca pun baik.

Monday, August 7, 2017

Degree Intake, Alhamdulillah

Assalamuaikum. Hai.

4/8/2017 jam 3 petang result untuk budak-budak penerapan uitm keluar. Benda yang ditunggu-tunggu setiap student. Nervous yakmat sebab nak kena campak ke mana. Masing-masing macam malas nak check result. Tapi jauh dalam sudut hati, bukan malas. Tapi , cuak. Mungkin sebab takut kalau terpisah dengan kawan-kawan yang setia masa zaman diploma dulu. Takut kena campak sensorang tanpa teman disisi. At least, one person beside us. Then, it will makes us feeling better. Right?

Aku bangun pagi, memang takmau langsung pikir pasal result ni. Sebab aku nampak bayangan lain. Sebelum tidur pun, aku nampak bayangan lain. Bukan tempat yang aku ingin tuju. Aku cuba distract myself untuk buat benda-benda yang boleh elakkan aku dari berfikir untuk tunggu time check result. Macam biasa routine cuti-cuti aku ni, aku akan tonton kdrama yang aku dah sedia record di tv. Habis cerita kdrama ni, aku cuba cari channel yang boleh buat aku leka dengan dunia hiburan sat. Pastu, baru aku back to reality untuk bersama bilikku syurgaku. Aiceh.

Aku check result around 3.20 – 3.40pm gitu. Masa nak check tu memang dah berharap macam-macam. Cuak pun ada. Tapi, masih berfikir yang sebaliknya. Dan click!

Aku dapat sambung belajaq dalam kos yang aku nak sangat. Simpan cita-cita dari semester 2 diploma untuk kos ni. Tapi, dapat tempat tak masyuk. Aku ditakdirkan untuk ke Machang, Kelantan. Time tu aku speechless. Lama jugak aku tenung result ni. Bayangan menjadi reality. Bye Puncak Perdana, kita memang tidak dijodohkan atas factor course.

Aku dapat :

IM245 SARJANA MUDA SAINS MAKLUMAT (KEPUJIAN) PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT
FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT,
Machang Kelantan.

Wednesday, July 19, 2017

Planner urus daily routine untuk student

Hai. Assalamualaikum.

Kali ni nak cerita pasal planner yang aku jayakan masa aku belajar diploma dulu. Aku start buat planner dari Semester 2 sampai la aku habis belajar. Planner ni jadi macam sebahagian dari life aku sendiri.

Aku mula buat planner sebab obviously aku jenis cepat tertarik dengan benda yang dapat handle life aku dengan cekap dan berkesan. Dengan masa yang sangat menjeleskan aku dari masa ke semasa memang aku decide terus untuk buat planner dan secara tak langsung dengan adanya planner aku dapat mendisiplinkan diri aku dengan hargai masa yang ada.

Time aku Semester 2, aku ialah sebahagian dari kelab akademik untuk fakulti pengurusan maklumat. Dari situ dengan busy assignment, test, quiz, pop quiz dan sebagainya aku tak terkecuali dari mengejar masa untuk hadirkan diri bagi kelab akademik yang rata-rata tak tentu masa untuk meeting. Masa tu aku cuba handle time management untuk diri aku supaya lebih terurus dengan hal-hal dalam life day aku.

Semester 2



Ini planner aku masa Semester 2. Nampak colorful macam rainbow. Simple tp fit on my routine very well cewah hahaha. Font pun simple jugak sebab takmau terlalu crowded dan tenggelam dengan benda yang penting.

Semester 3

Time aku Semester 3 aku advanced sikit untuk planner; student planner. Cuti semester aku banyak explore benda yang menarik yang lebih memudahkan hal kerja aku. 

Biasa lah bila dah meningkat semester akan lebih busy dengan macam-macam hal dan kerja. Jadi untuk lebih alert dengan tugasan, aku plan untuk assignment due dates then aku boleh siapkan which one should do it first.


Aku buat list important contacts untuk lecturer aku. Sebab phone aku selalu drain battery dan aku selalu jugak pakai phone untuk kerja-kerja. Jadi kalau ada emergency meet up dengan lecturer ke apa aku memang refer this printed planner lah. Dan memang berguna untuk others jugak sebab classmate selalu tanya pasal mana bilik lecturer lah, number phone lecturer lah. So, this is very useful not only for me but for my members in class too. 


Sebab aku terlalu busy dengan mencari bahan and generate new idea yang tak kunjung tiba then feel free untuk planner baru ni so aku pakai je lah template time aku Semester 2 dulu. Rasa diri sendiri macam lame jugak sebab nothing changed pun dalam template ni. Tapi, Alhamdulillah it surely fit on my routine so well.

Semester 4

Masa aku Semester 4, aku cari jugak sesuatu yang baru. Sebab bila aku dah tertarik dengan life as a planner, memang aku terus-terusan akan cuba differentiate dengan sesuatu yang tersedia ada. Aku lebih suka buat sendiri dari download and use sebab kadang-kadang tak semua info dalam planner tu menepati kriteria keperluan maklumat yang kita nak.


Aku buat calendar sendiri dalam erti kata calendar berdasarkan hari-hari kuliah untuk aku.
Dalam calendar aku, kuning tu mewakili cuti dan hijau mewakili exam week. Dan setiap bulan aku khaskan karakter yang berlainan yang mewakili bulan tahap kekusutan diri aku hahaha.

June 2016 - Aku letak rusa cantik sebab bulan awal untuk semester baru. Jadi, kekonon bulan yang lapang minda boleh cecantik sikit hahaha.
July 2016 – Aku letak kucing pakai speck which is aku still boleh main-main tapi kena focus dengan matlamat heheh
August 2016 – Aku letak gambar perempuan yang nampak penat letih. Sebab dah mula harian bukan 24hrs per day.
September 2016 – Aku letak coffee sebab aku kena stay up dengan kerja-kerja mendatang tahap tsunami yang super overload. Aku kena berjaga hingga ke lewat pagi.
October 2016 – Aku letak gambar perempuan yang nampak tenggorak macam half hidup mati sebab bulan tu dah start bulan yang pecah kepala nak jawab paper exam.

Kesimpulannya, aku bukan saja-saja letak gambar. Setiap bulan serta gambar ada motif tersendiri.

Aku maintain pakai template yang sama sebab selesa. Aku cuma tukar monthly font.

Semester 5

Akhirnya dah tiba semester terakhir aku. Untuk semester terakhir aku, aku nak kelainan. Special. 



Minat sangat dengan kucing sampai ke planner sendiri pun letak kucing. Header kucing acah genster gitu hahaha. Aku happy dan sangat berpuas hati sebab sentuhan jari jemari aku sendiri. 

Okay habis dah show untuk planner aku dari semester 2 hingga ke semester 5. 

Kalau perasan, atas sebelah kanan ada week sebab takmau bagi diri sendiri lalai dan elak aku main-main banyak time study. Bila aku nampak week berapa tu then aku akan lebih behave untuk focus main goals aku. 

Tuesday, July 18, 2017

Let's kurus. Get in shape back

Hai. Assalamualaikum.

Tengah-tengah malam, pagi-pagi buta tergerak hati nak update blog. Sebab dulu dah pernah jadi chipsmore. RIsau jugak kalau terjadi chipsmore lagi. Jadi kena rajinkan diri sentiasa ada untuk blogging. In Shaa Allah

Hari ni nak share sikit pasal workout. Sebab cuti pun dah berbulan-bulan, badan pun jadi tong dram. Orang tengok pun macam mak-mak tak match dengan usia sendiri. Sedih.

Untuk badan yang sihat, my boyfriend dah bagi something yang really makes wow hahaha sebab aku macam eh aku kena buat ka. Tapi bila pikir-pikir balik, untuk kesihatan tubuh fizikal yang baik memang harus lah.


Aku harus kurangkan lemak dan air yang berlebihan di lengan aku ni hahaha menggelebeh ja tengok. Kalau tight ja lengan ni baru rasa confident gittew. Takyah nak feeling pi gym konon sado padahal menggelebeh tu buruk mata tengok em



Aku yang dulu bukanlah yang sekarang aicewah hahaha. Kalau orang kenal aku dari dulu hingga sekarang ni, perubahan badan aku memang lain macam woo. Lain macam sebab dah tembun. Ini bukan kes aku lalu makan ke apa. Ini faktor makanan sedap. Jadi kena workout, must fit!


Bukan badan ja naik macam orang patah hati kerja makan makan tak henti. Perut pun macam makcik-makcik. Padah makan dan minum benda manis-manis. Rasa macam nak taubat dari over eat benda tak sihat. Kekalkan nilai perut sendiri pls kerana perut anda begitu berharga hih


Pinggang pun dah tenggelam. Terlindung dengan lemak tepu di badan. Macam orang tadak pinggang hahaha maka kena gali-gali bagi pinggang tu muncul balik em


Extra! Kalau rasa nak body goals kena buat extra workout sikit. Baru rasa hajat yang angan-angan tu jadi kenyataan. 



Thursday, July 13, 2017

Syukur, stage awal tangga Diploma ✔

Hai. Assalamualaikum.

Hari ni take time sikit nak tulis entry. Sebab masih terkial-kial dengan arrangement blog ni. Tapi so far so good boleh lah catch up sikit-sikit. Cuma take time sikit. So, takmau lari dari topik entry untuk kali ni. Kita go through terus ke topik k.

Hari ni nak bagitau kata dah selesai perjuangan diploma hip hip hoorayyy hahahahah Alhamdulillah setelah 5 semester penat lelah nanges meroyan happy marah geram eh semua ada lah. Akhirnya i am done untuk diploma. Syukur syukur

Aku dapat course Diploma Pengurusan Maklumat. Mungkin tak familiar dan orang akan ingat semestinya ni adalah course pasal IT. Hellooo course ni bukan beshe beshe k. Aku takmau cerita lebih pasal apa ada dalam course ni means subjek yang berkaitan. Mungkin lain entry kot.

Sebenarnya dah habis bulan April haritu ya nikmati cuti-cuti dulu.